Apakah punca sukar untuk mengatasi Masalah Ketagihan Merokok?

Sebelum kita mengetahui cara mengatasinya, kita perlu tahu apa punca begitu sukar untuk memberhentikan tabiat merokok ini di kalangan perokok- perokok ini.

Punca utama yang menyebabkan sukarnya untuk memberhentikan merokok ini adalah kegiatan merokok tersebut sudah menjadi tabiat serta rutin harian kepada perokok-perokok ini. Contohnya, Setiap masa perokok perlukan rokok untuk menjalani kehidupan harian. Selepas makan, semasa melepak ngan kawan-kawan. Selepas waktu kerja. Ketika bersendirian, ketika menunggu dan sebagai lagi. Ini yang menyebabkan perokok sukar untuk berhenti merokok kerana rokok telah menjadi sebati dengan dirinya. Malah yang lebih teruk lagi ada yang sanggup berlapar cukup dengan sepuntung rokok sudah memadai bagi mereka. Punca yang lain pula pengaruh kawan, walau mempunyai azam untuk berhenti merokok pengaruh kawan-kawan menyebabkan perokok terasa amat sukar untuk berhenti.